Apr 1, 2010

Warna lidah cermin tahap kesihatanmu

Pucat = kurang atau anda menghadapi gejala anemia

Merah jelas = anda mengalami gangguan tidur,stress, atau pengambilan kafein berlebihan

Sedikit kekuningan = anda mungkin mengalami gangguan fungsi hati

Berbalam atau gelap = system penghadaman terganggu

Kesan gigi mudah tertera pada kiri dan kanan lidah = system penghadaman yang terganggu

Permukaan lidah diselaputi keputihan yang tebal = sembelit


Gelap atau kehitaman = kesan merokok yang teruk

Keputihan = ketidakseimbangan hormon atau gangguan bacteria pada pengahadaman atau mulut atau angina berlebihan dalam tubuh

Merah jambu dan lembap = tahap kesihatan yang baik

Mar 31, 2010

Sedapnya salad brokoli !

Semua wanita takutkan kanser payudara. Amalkan brokoli. Sayur hijau ini mengandungi khasiat sulforaphane yang berkesan untuk melawan virus yang mengakibatkan kanser pembunuh wanita ini. Sayur hijau ini kaya dengan vitamin c danbeta karotena. Mengambil semangkuk kecil brokoli memberi anda 25 kcal kalori, 3gm serat dan 0 peratus lemak!

Mahu buang angin? Amalkan halia…
Tahukah anda, halia sejenis tumbuhan rizom. Ia mampu mengatasi masalah keletihan, migrain, dan sakit-sakit badan. Satu sudu teh halia segar mengandungi 1 kcal kalori serta tiada lemak dan serat. Paling baik jika anda mengamalkan teh halia atau memakannya secara mentah. Angin yang terdapat dalam badan dapat dikeluarkan dengan mudah. m/s 86 sambungan…

Mar 30, 2010

SECANTIK NAMA BUNGA ROSELLE

KENALI SI CANTIK ROSELLE
Bunga Roselle atau nama saintifiknya Hibiscus Sabdariffa 1, nama ini berbeza di setiap negara seperti bunga rosella (Indonesia), zuring (Belanda), oseile rouge (Perancis) atau karkadeh (Sudan).

Pohon roselle tumbuh daripada biji atau benih yang mempunyai ketinggian sehingga mencapai 3-5 meter dan mengeluarkan bunga hampir setiap tahun. Ia berwarna cerah, kelopak bunga berwarna merah gelap dan agak tebal.

Walaupun berbeza nama tetapi khasiatnya dan manfaatnya tetap sama. Contohnya:
Kelopak bunga – diproses untuk dijadikan makanan seprti manisan, jeli, minum dan serbuk (teh).

Daun muda – dimakan sebagai ulam dan salad.
Biji – mengandungi minyak tertentu.

majalah rapi m/s 84 BIL 133

Mar 29, 2010

Kuasa hijau

Apabila menyebut hijau dalam hal ini, ia bukanlah bermakna sayur-sayuran semata-mata. Warna hijau tidak kira dalam apa bentuk apa sekalipun mampu memberikan rasa selesa pada organ dan merangasang detoksifikasi tubuh. Bahkan hijau juga dianggap sebagai warna kosentrasi. Merujuk pada kesan psikologi, hijau adalah warna yang berkesan untuk membantu batuk, radang pada sendi, masalah
‘cysts’, penyakit mata dan diabetes. m/s 58 BIL.133

Vitamin E elak senggugut

Kajian British yang telah diterbitkan di dalam Journal of Obstetrics and Gynecology memberitahu, pengambilan vitamin E 200mg sebanyak dua kali dalam sehari amat berkesan mengurangkan masalah senggugut yang teruk. m/s 63

Bencikan sayur? Fikirlah baik-baik…

Makan bayam untuk kuat!
Jika anda khuatir menjadi rabun atau lebih teruk lagi buta apabila umur meningkat, maka bayamlah penawarnya. Karotena yang terdapat dalam bayam membantu menigkatkan penglihatan seseorang. Amalkan bayam bermula hari ini, nescaya anda tidak akan menyesal di kemudian hari. Hancurkan semangkuk kecil bayam dan anda akan memperoleh 7 kcal kalori, 1gm serat, dan tiada lemak.

Sambal lebih sedap dengan bawang besar!
Bahan antioksida yang terdapat dalam bawang besar dikenali sebagai ‘Quercetin’. Kajian yang pernah dijalankan menunjukkan pengambilan bawang besar dapat mengelakkan risiko seseorang itu diserang kanser. Semangkuk kecil bawang besar mengandungi 61 kcal kalori, 3gm lemak dan paling menarik ia bebas lemak!

Labu yang lemak…
Rasanya empuk, berlemak dan manis sekali. Walaupun begitu ia kaya dengan pemanis semula jadi dan membuatkan sayur ini baik untuk diamalkan. Labu hebat kerana kandungan vitamin C dan beta karotena didalamnya. Secara tidak langsung, ia mengelakkan serangan kanser.

Sedapnya roti bawang…
Bawang putih mengandungi sulfur dan membuatkannya bertindak untuk merendahkan paras gula dalam darah dan mengurangkan risiko kanser usus atau perut. Selain itu juga, bawang putih bertindak secara berkesan untuk merendahkan tahap kolesterol seseorang. Bawang putih mengandungi 4kcal kalori serta 0 peratus lemak dan serat.

Enaknya sayur campur dengan kubis cina…
Sejenis khasiat yang dikenali sebagai ‘brassinin’ ditemui dalam kubis cina. Baiknya bahan ini kerana ia menghalang ketumbuhan dalam payudara. Mahu tahu lagi? Kandungan ‘indoles’ dan ‘isothiocyanates’ membantu merendahkan paras estrogen dalam tubuh dan meletakkannya sebagai sayur terbaik untuk melawan kanser payudara. Katakanlah anda makan sepinggan hidangan berasaskan kobis cina, anda akan mendapat 158 mg kalsium dan ia secara tidak langsung membuat tulangmu lebih kuat dan mengelakkan osteoporosis. m/s 86 & 87

Mar 28, 2010

Jimat untuk bibirmu …

Jika gincu sudah tidak mampu disapukan terus ke bibir lagi bermakna ia sudah hampir tiba ke penghujung hayatnya. Eh, nanti dulu! Jangan buang gincu itu kerana kandungan gincu di bahagian dalamnya masih ada dan boleh digunakan. Caranya adalah dengan menggunakan berus bibir untuk mencapai sisa gincu tersebut. Jimat,bukan?

Kumpulkan sisa gincu anda dalam satu bekas seperti palet yang lebih praktikal. Cara memindahkan isinya adalah dengan mencungkil gincu keluar dan pindah ke palet. Kemudian,panaskan gincu itu dengan pengering rambut bersuhu maksimum hingga gicu mulai cair. Biarkannya sejuk sendiri hingga rata para bentuk palet tersebut.

Hasilkan impak blooming pada bibir anda dengan menyapukan pembayang mata jenis berkilau (glitter) daripada warna pastel pada bahagian bibir. Kilauan akan menampakkan bibir lebih seksi dan teserlah. Tidak perlu lagi anda mencari gincu bibir yang berkilau.

Agar gincu lebih tahan lama, sapukan bedak asas terlebih dahulu pada bibr sebelum menyapukan gincu kegemaran anda. Dengan cara ini anda tidak perlu terlalu kerap mengulang sapu gincu sepanjang hari. Itu membazir namanya!

Mix and match adalah trik yang paling mudah untuk berjimat. Campurkan warna-warna gincu yang ada untuk mendapatkan warna gincu yang baru. Contohnya, campuran gincu berwarna coklat dan merah jambu untuk menghasilkan warna merah yang lembut. Ataupun, anda boleh mengadunkan warna merah atau ungu untuk mendapatkan warna plum. Campurkan warna-warna gincu ini pada tangan anda menggunakan berus bibir terlebih dahulu sebelum disapukan pada bibr.

BIL. 133
m/s 23

Mar 27, 2010

Manis-Manis Buah, Seronok Juga Mengamalkannya!


Nama buah
Kebaikan
Kandungan khasiat
AVOKADO
*  Menurunkan paras kolestrol
*  Mengandungi asid ‘oleic’ dan merupakn sumber serat yang terbaik
1 hirisan avokado mengandungi 81 kcal kalori, 8gm lemak dan 3gm serat
TEMBIKAI SUSU
*  Kaya dengan vitamin c dan beta karotena yang melindungi tubuh dari serangan kanser kerana ia menyekat pergerakan radikal bebas dalam tubuh.
*  Mengandungi 853 mg potasium dan khasiatnya lebih banyak dari pisang untuk menurunkan tekanan darah.

Setengah biji tembikai susu mengandungi 97 kcal kalori, 1gm lemak dan 2gm serat

APRIKOT
*  Kaya dengan beta karotena bagi melindungi tubuh dari serangan kanser.
*  Baik untuk kesihatan mata.
Sebiji aprikot mepunyai 17 kcal kalori, 0 peratus lemak dan 1gm serat

TOMATO
*  Ia kaya dengan sejenis khasiat yang dipanggil likopen. Bahan ini bertindak sebagi anti oksida tubuh selain pengambilan kafein.
*  Jika dimakan setiap hari, mampu mengelakkan risiko kanser perut dan usus.

Sebiji tomato mengandungi 26 kcal kalori, 1gm serat tiada lemak.


LEMON & LIMAU
*  Buah-buahan ini dikenali sebagai sitrus. Ia kaya dengan vitamin C
*  Khasiat lain adalah ‘limonene’ dan ‘furocoumarins’. Kebaikan khasiat-khasiat ini adalah bagi melawan kanser.

Sehiris limau mahupun lemon mengandungi 2kcal kalori dan 0 peratus lemak.

BUAH DELIMA
*  Sumber potasium dan serat yang baik.
*  Mengandungi vitamin B6.
*  Merendahkan kadar kolesterol dan mengatasi masalah kurang air dalam badan.
*  Buah ini mampu mengawal kehamilan.

Sebiji delima megandungi 37-48 kcal kalori tiada kandungan lemak dan 2 gm serat

KISMIS
*  Sumber zat besi terbaik untuk membantu darah mengangkut oksigen dan amat baik diamalkan wanita yang sedang haid.

Semangkuk kismis mengandungi 218 kcal kalori, tiada lemak dan 3gm serat.


m/s 87 BIL. 133

Cantik Dengan Berjimat… Boleh Ke?

Jimat! Untuk matamu…

Jadikan pembayang mata rona hitam sebagai pengganti penggaris mata. Caranya adalah dengan mencelupkan berus penggaris mata dengan minyak bayi dan kemudian sapukannya pada permukaan palet pembayang mata hitam itu beberapa kali hingga ia menyatu. Setelah itu, gariskan mata anda dengan berus tersebut sepertimana anda menyapukan penggaris mata.

Ingin menyembunyikan lingkaran hitam disekitar mata tetapi tidak memiliki penyamar noda? Jangan risau kerana anda boleh menggunakan pembayang mata jenis matte daripada rona beige dan sapukan di bahagian kulit sekitar mata yang gelap. Mudah, bukan?

Jadilah seorang yang kreatif demi penjimatan! Gantikan pembayang mata biasa anda dengan pengilat bibir rona merah jambu berkilat atau coklat keemasan. Namun, pastikan penggunaannya tidak terlalu banyak hingga menyebabkan ia melekat pada bulu mata anda.

Setelah bulu mata dilentikkan dengan pelentik bulu mata, sapukan sedikit bedak debu pada bulu mata dan kemudian barulah menyapukan maskara. Bedak debu ini berfungsi menampakkan bulu mata lebih tebal.

Penjimatan berganda untuk solekan adalah dengan menggunakan teknik padanan. Caranya adalah dengan menyapukan pemerah pipi rona merah jambu sebagai pembayang mata di sekitar kelopak mata dan juga pada tulang kening untuk tampil lebih segar. Anda juga boleh menggantikan pembayang mata dengan bronzer. Cukup senang!

MAJALAH RAPI BIL.133
m/s 22 & 23

Mahu cantik sepanjang hari ?


13 tip harus diikuti

A
nda tidak yakin solekan mampu bertahan lama? Sebenarnya, jika tahu caranya, tidak mustahil untuk anda kekal cantik dan segar sepanjang hari. Anda juga perlu bijak mencuri masa (walalupun seminit dua) untuk memastikan penampilan terjaga rapi. Masih tidak yakin? Mungkin tip solekan mudah dan cepat di bawah boleh membantu. Cubalah!

1.       Segeralah beralih kepada beg alat solek yang tembus pandang (see through). Ia berguna pada saat anda kesuntukan masa untuk ke tempat kerja atau ke mana-mana majlis bila mana anda tidak akan berhadapan dengan kesukaran untuk mencari alat solek. Dari luar beg itu pun, anda sudah boleh nampak alat solek yang ingin digunakan.

2.       Senarai alat solek wajib ada dalam beg alat solek anda adalah penyamar noda, bedak asas, pemerah pipi, pelentik bulu mata, maskara dan pelembab bibir.

3.       Untuk solekan pada wajah, anda boleh menggunakan bedak asas dua dalam satu dengan kandungan mineral untuk menghasilkan kesan solekan lebih semulajadi. Bedak asas seperti ini lebih baik untuk kulit, terutamanyauntuk pemakaian dalam tempoh masa yang lama. Apapun sebelum itu, jangan lupa untuk memakai krim pelembab wajah dahulu, ya!

4.       Pilihlah produk kosmetik yang disertakan dengan pelindung UV iaitu sekurang-kurangnya SPF 15 dan antioksidan. Ia berfungsi melindungi wajah daripada sinaran matahari saat melakukan aktiviti di luar rumah. Sebagai bonus, pilihlah produk yang mempunyai formulasi bebas minyak.

5.       Bagi anda yang memakai cermin mata, pasti akan ada bekas bingkainya pada pangkal batang hidung. Samarkan kesan tersebut dengan menekapkan sedikit bedak debu secara perlahan.

6.       Noda hitam atau bekas jerawat di wajah mengganggu penampilan anda? Sembunyikannya dengan penyamar noda khusus untuk menutupinya. Pastikan pilihan tona warnanya adalah tepat agar kesannya nanti lebih sempurna dan bukannya menambah ketara noda hitam tersebut.

7.       Bagi yang mempunyai kulit berminyak, pastikan kertas kedap minyak untuk wajah sentiasa ada di dalambeg tangan anda.

8.       Mata anda nampak letih? Tutupi lingkaran hitam di sekitar mata dengan penyamar noda daripada tona senada dengan kulit wajah. Anda juga boleh menambah pembayang mata untuk menyembunyikan lingkaran hitam tersebut


DIPETIK DARI :
MAJALAH RAPI BIL.128
m/s 22 & 23

Feb 25, 2010

Loose Powder

Foundation

Instruction

Step 1
Begin with clean hands and a clean face.

Step 2
Apply moisturizer appropriate to your skin type. Let it set a few minutes, partcularly if your skin is oily.

Step 3
Camouflage under-eye circles and blemishes with concealer.

Step 4
Select a foundation that is appripriate to your skin type and the coverage you wish to achieve. The color should match your skin, disappearing when blended well.

Step 5
Shake the bottle well mix the formula. Or, simply open a stick or compact version.

Step 6
Place a small amount of foundation on the back of one hand. Dip your make-up sponge of your middle finger into it.


Step 7
Apply to the center of your face: cheeks, forehead and chin.

Step 8
Blend out to your hair and jawline until the foundation vanishes. Pay special attention to blending around the nose, mouth and jawline. Set the foundation with loose powder immediately following application.